Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Isa bin Maryam turun kepada 800 lelaki dan 400 wanita

Teks Bahasa Arab

يَنْزِلُ عيسى ابنُ مريمَ على ثمانمائةِ رجلٍ، وأربعمائةِ امرأةٍ، خيارُ مَنْ على الأرضِ، وأصلحُ مَنْ مضى.

Teks Bahasa Melayu

Isa bin Maryam turun kepada 800 lelaki dan 400 wanita. Mereka adalah yang paling baik di atas muka bumi dan yang paling soleh daripada yang lepas.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1946, hadis no. 9748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: يَنْزِلُ عيسى ابنُ مريمَ على ثمانمائةِ رجلٍ، وأربعمائةِ امرأةٍ، خيارُ مَنْ على الأرضِ، وأصلحُ مَنْ مضى.
[فر، ((الضعيفة)) (6352)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Isa Bin Maryam turun kepada 800 lelaki dan 400 wanita. Mereka adalah yang paling baik di atas muka bumi dan yang paling soleh daripada yang lepas. [Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad Firdaus. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6352]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.