Isa bin Maryam AS akan turun ke dunia lalu berkahwin

TEKS BAHASA ARAB

ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمسا وأربيعن سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Isa bin Maryam AS akan turun ke dunia lalu berkahwin dan mempunyai anak. Kemudian baginda akan tinggal di atas dunia selama 45 tahun. Kemudian baginda wafat dan dikebumikan bersamaku di kuburku. Pada hari kiamat nanti, aku akan bangkit bersama Isa bin Maryam AS dari satu kubur di antara kubur Abu Bakar RA dan Umar RA.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis nombor 5019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمسا وأربيعن سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر)). [ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6562)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Isa bin Maryam AS akan turun ke dunia lalu berkahwin dan mempunyai anak. Kemudian baginda akan tinggal di atas dunia selama 45 tahun. Kemudian baginda wafat dan dikebumikan bersamaku di kuburku. Pada hari kiamat nanti, aku akan bangkit bersama Isa bin Maryam AS dari satu kubur di antara kubur Abu Bakar RA dan Umar RA”.
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6562]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs