Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يدفن عيسى عليه السلام مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وصاحبيه فيكون قبره الرابع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

’Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda, maka kubur ‘Isa adalah yang keempat.

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1399, hadis nombor 7097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف)
عن عبد الله بن سلام قال: يدفن عيسى عليه السلام مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وصاحبيه فيكون قبره الرابع.
[تخ، ت، طب، المزي، ((الضعيفة)) (6962)]

(Mawquf Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Salam, katanya: ’Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda, maka kubur ‘Isa adalah yang keempat.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6962]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.