Mawquf Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُدفنُ عيسَى -عليهِ السلامُ- معَ رسولِ اللهِ ﷺ وصاحبَيْهِ فيكونُ قبرُه الرابعُ.
Teks Bahasa Melayu
‘Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda, maka kubur ‘Isa adalah yang keempat.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Salam
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawquf Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1969, hadis no. 9843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف ضعيف) عن عبد الله بن سلام قال: «يدفن عيسى -عليه السلام- مع رسول الله ﷺ وصاحبيه فيكون قبره الرابع». [تخ، ت، طب، المزي، «الضعيفة» (6962)].
(Mawquf Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Salam, dia berkata: “ ‘Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda, maka kubur ‘Isa adalah yang keempat.” [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6962].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman