Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



I'rablah (huraikan maksud) al-Qur'an

Teks Bahasa Arab

أَعْرِبُوا القرآنَ.

Teks Bahasa Melayu

I'rablah (huraikan maksud) al-Qur'an.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis no. 7171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: أعربوا القرآن. [الصواف في ((الفوائد))، ابو علي الهروي في ((الأول من الثاني من الفوائد))، ((الضعيفة)) (1344)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): I'rablah (huraikan maksud) al-Qur'an. [Riwayat al-Sawwaf dalam al-Fawa'id, Abu 'Ali al-Harawi dalam al-Awwal Min al-Thani Min al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1344]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.