Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



I'rablah al-Qur'an dan carilah keganjilannya

Teks Bahasa Arab

أَعْرِبُوا القرآنَ ، والتَمِسُوا غرائبَه ، وغرائبُه فرائضُه وحدودُه.

Teks Bahasa Melayu

I'rablah al-Qur'an dan carilah keganjilan-keganjilannya. Keganjilan-keganjilannya adalah kefardhuan-kefardhuannya dan batasan-batasannya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1414, hadis no. 7173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أعربوا القرآن، والتمسوا غرائبه، وغرائبه فرائضه وحدوده. [ش،ع، ابو عبيد في ((فضائل القرآن))، ك، خط، ابو بكر الأنباري في ((الوقف والإبتداء))، ابو فضل الرازي في ((معاني أنزل القرآن علي…))، السلفي في ((معجم السفر))، ((الضعيفة)) (1345)]

(Sangat lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): I'rablah al-Qur'an dan carilah keganjilannya. Keganjilannya adalah kewajibannya (ketentuannya) dan batasannya. [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf, Abu Ya'la dalam al-Musnad, Abu 'Ubaid dalam Fada'il al-Qur'an, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Abu Bakr al-Anbari dalam al-Waqf Wa al-Ibtida', Abu al-Fadl al-Razi dalam Ma'ani Anzala al-'Qur'an 'Ala…. dan al-Silafi dalam Mu'jam al-Safar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1345]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.