TEKS BAHASA ARAB
حديث: إنه صلى الله عليه وآله وسلم قال لسعد بن معاذ: ما هذا الذي اكتسبت يداك؟ قال يا رسول الله: أضرب بالمرو المسحاة فأنفقه على عيالي. فقال له صلى الله عليه وآله وسلم، هذه يد لا تمسها النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nabi SAW berkata kepada Sa‘ad bin Muaz: Apa yang telah engkau hasilkan dengan tangan kamu? Beliau berkata: Wahai Rasulullah aku memukul batu dengan cangkul lalu aku berikan hasilnya untuk keluargaku. Lalu baginda SAW bersabda: Inilah tangan yang tidak akan disentuh api neraka.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 151, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. وقال: هذا الحديث باطل.
Al-Khatib meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan dia berkata: Hadith ini batil.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.