Inilah sifat Tuhanku Azzawajalla, dan Dia Maha Suci setingi-tinginya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

هذه صفة ربي – عز وجل – وتقدس علوا كبيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Inilah sifat Tuhanku Azzawajalla, dan Dia Maha Suci setingi-tinginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 511, hadis nombor 2719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن ابن عباس – رضيِ الله عنهما -، قال: أن اليهود جاءت إلى النبي ﷺ – منهم کعب بن الأشرف، وحيي بن أخطب -، فقالوا: يا محمد! صف لنا ربك الذي بعثك، فأنزل الله – عز وجل -: {قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣)}: فيخرج منه، {وَلَمۡ يُولَدۡ} فيخرج من شيء، {وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ}: ولا شبه، فقال: «هذه صفة ربي – عز وجل – وتقدس علوا كبيرا». [البيهقي في ((الأسماء))، ((الضعيفة)) (5206)].

(Munkar) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Sesungguhnya kaum Yahudi datang bertemu Nabi ﷺ – mereka termasuk Ka’ab bin al-Asyraf dan Huyay bin Akhtab -, mereka bertanya: "Wahai Muhammad, sifatkan kepada kami ciri-ciri Tuhanmu yang mengutuskanmu." Maka Allah menurunkan ayat: "Katakanlah (Wahai Muhammad, Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan.": Sehingga ada yang lahir daripada-Nya. {Ia pula tidak diperanakkan}: Sehingga Ia lahir daripada sesuatu. {Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya}: Tiada yang semisal. Lalu Baginda bersabda: "Inilah sifat Tuhanku Azzawajalla, dan Dia Maha Suci setingi-tinginya." [Riwayat al-Bayhaqi dalam kitab al-Asma'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5206].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.