Inilah makanan kegemaran Rasulullah SAW dan Baginda makan dengan elok

TEKS BAHASA ARAB

هذا الطعام مما كان يعجب رسول الله صلى الله عليه وسلم ويحسن أكله. يعني: خبز الشعير عليه زيت والفلفل والتوابل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Inilah makanan kegemaran Rasulullah SAW dan Baginda makan dengan elok, iaitu roti gandum yang ditaburi dengan lada dan rempah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122-1123, hadis nombor 5669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمى أن الحسن بن علي وابن عباس وابن جعفر أتوها فقالوا لها: اصنعي لنا طعامًا مما كان يعجب رسول الله صلى الله عليه وسلم ويحسن أكله. فقالت: يا بني لا تشتهونه اليوم قالوا: بلى اصنعيه لنا. قال: فقامت فأخذت من شعير فطحنته ثم جعلته في قدر وصبت عليه شيئًا من زيت دقت الفلفل وفي رواية: وكان إدامه الزيت ونثرت عليه الفلفل والتوابل، فقربته إليهم فقالت: هذا الطعام مما كان يعجب رسول الله صلى الله عليه وسلم، ويحسن أكله. يعني: خبز الشعير عليه زيت والفلفل والتوابل. [ت في الشمائل، طب، الضعيفة (6888)].

(Lemah) Daripada Salma, bahawa al-Hasan bin ‘Ali, Ibn ‘Abbas dan Ibn Ja‘afar datang menemuinya, lalu berkata: Hidangkanlah makanan yang disukai Rasulullah SAW kepada kami. Salma menjawab: Wahai anak-anakku, kamu tidak akan berselera menjamahnya untuk hari ini. Mereka berkata: Bahkan kami akan menjamahnya. Masakkanlah untuk kami. Maka Salma pun mengambil bijian gandum lalu menumbuknya, meletakkannya di dalam periuk, menyukat, kemudian meletakkan sedikit minyak padanya serta menaburkan lada dan rempah di atasnya. Lalu makanan itu dihidangkan, Salma berkata: Inilah makanan kegemaran Rasulullah SAW iaitu roti gandum yang ditaburi dengan lada dan rempah. [Riwayat al-Tirmizi dalam Syama’il al-Nabi, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6888]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs