TEKS BAHASA ARAB
هذا قبر أبي رغال، وهو أبو ثقيف، وكان من ثمود، وكان بهذا الحرم يدفع عنه، فلما أصابته النقمة التي أصابت قومه بهذا المكان، فدفن فيه، واّية ذلك أنه دفن معه غصن من ذهب، إن أنتم نبشتم عنه أصبتموه. قال: فابتدره الناس معه الغصن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ini ialah kubur Abu Righal. Dia ialah Abu Thaqif dari kaum Thamud. Pada tempat suci ini, dia dijaga dari bala yang menimpa kaumnya. Namun, apabila dia keluar daripada tempat suci tersebut, dia ditimpa balasan seperti apa yang telah menimpa kaumnya di tempat ini. Dia kemudiannya dikebumikan di sini. Bukti bahawa dia telah dikuburkan di sini adalah dia dikuburkan bersama dahan emas. Jika kalian menggali kuburnya, kamu akan ditimpa balasan sepertinya. Abdullah bin Umar bercerita lagi: Orang ramai pun segera mencarinya dan mendapati bahawa betul-betul dahan emas itu bersama Abu Righal.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1879, hadis nombor 9470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمر-رضي الله عنهما- مرفوعا: ((هذا قبر أبي رغال, وهو أبو ثقيف, وكان من ثمود,وكان بهذا الحرم يدفع عنه, فلما أصابته النقمة التي أصابت قومه بهذا المكان, فدفن فيه, واّية ذلك أنه دفن معه غصن من ذهب, ان أنتم نبشتم عنه أصبتموه)). قال: فابتدره الناس معه الغصن. [د, البيهقي في (الدلائل), فر ((الضعيفة)) (4736)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ini ialah kubur Abu Righal. Dia ialah Abu Thaqif dari kaum Thamud. Pada tempat suci ini, dia dijaga dari bala yang menimpa kaumnya. Namun, apabila dia keluar daripada tempat suci tersebut, dia ditimpa balasan seperti apa yang telah menimpa kaumnya di tempat ini. Dia kemudiannya dikebumikan di sini. Bukti bahawa dia telah dikuburkan di sini adalah dia dikuburkan bersama dahan emas. Jika kalian menggali kuburnya, kamu akan ditimpa balasan sepertinya. Abdullah bin Umar bercerita lagi: Orang ramai pun segera mencarinya dan mendapati bahawa betul-betul dahan emas itu bersama Abu Righal." [Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi dalam al-Dalail dan al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4736]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.