TEKS BAHASA ARAB
هذا أسبغ الوضوء، وهو وضوئي، ووضوء خليل الله إبراهيم، ومن توضأ هكذا، يعني ثلاثا ثلاثا، ثم قال عند فراغه: أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله فتح له ثمانية أبواب الجنة يدخل من أيها شاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ini adalah wuduk yang sempurna iaitu wudukku ini dan wuduk Nabi Ibrahim kekasih Allah. Barang siapa yang berwuduk dengan wuduk ini, kemudian dia membaca selepas selesai berwuduk: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad hamba-Nya dan utusan-Nya", maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memasukinya daripada mana-mana pintu yang dikehendaki.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis nombor 7638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عمر قال: توضأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – واحدة واحدة، فقال: هذا وضوء من لا يقبل الله منه صلاة إلا به. ثم توضأ ثنتين، فقال: هذا وضوء القدر من الوضوء، وتوضأ ثلاثاً ثلاثاً، وقال: هذا أسبغ الوضوء، وهو وضوئي، ووضوء خليل الله إبراهيم، ومن توضأ هكذا (يعني: ثلاثاً ثلاثاً)؛ ثم قال عند فراغه: "أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله"؛ فتح له ثمانية أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء. [هـ، ((الضعيفة)) (4735)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berwuduk dengan sekali basuhan untuk setiap anggota, lalu berkata: Ini adalah wuduk yang tidak diterima oleh Allah daripadanya solat melainkan dengannya. Kemudian Baginda berwuduk dengan dua kali basuhan, lalu Baginda berkata: Ini adalah wuduk sekadar berwuduk. Kemudian Baginda berwuduk dengan tiga kali basuhan, lalu Baginda berkata: Ini adalah wuduk yang sempurna iaitu wudukku ini dan wuduk Nabi Ibrahim kekasih Allah. Barang siapa yang berwuduk dengan wuduk ini, kemudian dia membaca selepas selesai berwuduk: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad hamba-Nya dan utusan-Nya", maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memasukinya daripada mana-mana pintu yang dikehendaki. [Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4735]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.