Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هَذَا وَرَعٌ مُظْلِمٌ.
Teks Bahasa Melayu
Ini adalah warak tidak kena tempat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 101, hadis no. 491. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
كلام يجري مجرى المثل، وليس له أصل في المرفوع، وحكى ابن عقيل عن القاضي، أنه روى عن أحمد: منع الكتب من محبرة غيره بغير إذنه، قال وفي رواية: أنه قال لمن استأذنه. أي في الكتابة، من محبرته هذا ورع مظلم، قال فحملنا الأول على كتب يطول، والثاني على غمسة قلم لكتب كلمة، أو في حق من يبسط إليه، ويأذن له حكما، وعرفا.
Ucapan yang tersebar sebagaimana perumpamaan. Ia tidak ada asalnya dalam riwayat yang marfu'. Ibn 'Uqail telah menukilkan daripada al-Qadhi bahawa beliau telah meriwayatkan daripada Ahmad bahawa beliau melarang menulis daripada dakwat orang lain tanpa izinnya. Al-Qadhi berkata: Dalam riwayat lain menyebutkan: "Ahmad berkata kepada orang yang meminta izin kepadanya untuk menulis menggunakan dakwat beliau, (kata Ahmad): "Ini adalah warak yang tidak kena tempat". Al-Qadhi berkata: "Bagi riwayat yang pertama, kami memahaminya sebagai menulis secara panjang lebar (kerana itu dilarang menulis menggunakan dakwat orang lain tanpa izin), manakala riwayat kedua pula berkenaan mencelup penanya untuk menulis satu kalimah sahaja, atau bagi situasi orang yang boleh mengembirakannya (jika orang lain menggunakannya), diizinkan kepadanya dari sudut hukum mahupun uruf.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman