TEKS BAHASA ARAB
هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ini adalah tempat membuang hajat yang didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kamu ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: Dengan nama Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis nombor 7639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس بن مالم مرفوعاً:
هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله.
[ابن السني، عق، ((الضعيفة)) (4738، 5042)]
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ini adalah tempat membuang hajat yang didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kamu ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah:
بسم الله
Dengan nama Allah.
[Riwayat Ibn Sunni dan al-Uqaili dalam al-Du’afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4738,5042]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.