Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هذهِ الحُشوشُ مُحتضَرةٌ، فإذا دخلَ أحدُكمُ الخلاءَ؛ فلْيقلْ: بِسمِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Ini adalah tempat membuang hajat yang didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kamu ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: Dengan nama Allah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis no. 7639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالم مرفوعاً: هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله. [ابن السني، عق، ((الضعيفة)) (4738، 5042)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ini adalah tempat membuang hajat yang didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kamu ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: بسم الله Dengan nama Allah. [Riwayat Ibn Sunni dan al-Uqaili dalam al-Du’afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4738,5042]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman