Ini adalah Sajasij iaitu suatu lembah dari lembah syurga

TEKS BAHASA ARAB

هذا ‌سجاسج: واد من أودية الجنة، قد صلى في هذا المسجد قبلي سبعون نبيا، ولقد مر به موسى بن عمران حاجاً أو معتمرا في سبعين ألفا من بني إسرائيل على ناقة له ورقاء، عليه عباءتان قطوانيتان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ini adalah Sajasij iaitu suatu lembah dari lembah syurga. Telah bersolat di masjid ini sebelumku 70 orang nabi, dan telah lalu padanya Musa bin Imran melakukan haji atau umrah bersama 70,000 orang dari Bani Israil di atas unta yang mempunyai warna kehitaman. Di atasnya ada selendang yang diperbuat dari kapas.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 684, hadis nombor 3518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمرو بن عوف، قال: أن النبي صلى في مسجد الروحاء الذي عند عرق الظبية، وقال: ((هذا ‌سجاسج: واد من أودية الجنة، قد صلى في هذا المسجد قبلي سبعون نبيا، ولقد مر به موسى بن عمران حاجا أو معتمرا في سبعين ألفا من بني إسرائيل على ناقة له ورقاء، عليه عباءتان قطوانيتان)). [الحربي في ((كتاب المناسك))، ((الضعيفة)) (5508)]

(Sangat lemah) Daripada Amru bin Auf berkata: Sesungguhnya Nabi SAW solat di Masjid al-Rauha’ di Iraq al-Zibbiyah. Baginda bersabda: “Ini adalah Sajasij iaitu suatu lembah dari lembah syurga. Telah bersolat di masjid ini sebelumku 70 orang nabi, dan telah lalu padanya Musa bin Imran melakukan haji atau umrah bersama 70,000 orang dari Bani Israil di atas unta yang mempunyai warna kehitaman. Di atasnya ada selendang yang diperbuat dari kapas.” [Riwayat al-Harbi dalam Kitab al-Manasik. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs