Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هذا سَجاسجُ : وادٍ من أوديةِ الجنَّةِ ، قد صلَّى في هذا المسجِدِ قبلي سَبعونَ نبيًّا ولقد مرَّ بِهِ موسَى بن عمران حاجًّا أو معتمِرًا في سبعين ألفًا من بني إسرائيلَ على ناقةٍ له وَرقاءَ ، علَيهِ عباءتانِ فطوانيَّتانِ.
Teks Bahasa Melayu
Ini adalah Sajasij iaitu suatu lembah dari lembah syurga. Telah bersolat di masjid ini sebelumku 70 orang nabi, dan telah lalu padanya Musa bin Imran melakukan haji atau umrah bersama 70,000 orang dari Bani Israil di atas unta yang mempunyai warna kehitaman. Di atasnya ada selendang yang diperbuat dari kapas.
Sahabat Perawi
- Amru bin Auf
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 684, hadis no. 3518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمرو بن عوف، قال: أن النبي صلى في مسجد الروحاء الذي عند عرق الظبية، وقال: ((هذا سجاسج: واد من أودية الجنة، قد صلى في هذا المسجد قبلي سبعون نبيا، ولقد مر به موسى بن عمران حاجا أو معتمرا في سبعين ألفا من بني إسرائيل على ناقة له ورقاء، عليه عباءتان قطوانيتان)). [الحربي في ((كتاب المناسك))، ((الضعيفة)) (5508)]
(Sangat lemah) Daripada Amru bin Auf berkata: Sesungguhnya Nabi SAW solat di Masjid al-Rauha’ di Iraq al-Zibbiyah. Baginda bersabda: “Ini adalah Sajasij iaitu suatu lembah dari lembah syurga. Telah bersolat di masjid ini sebelumku 70 orang nabi, dan telah lalu padanya Musa bin Imran melakukan haji atau umrah bersama 70,000 orang dari Bani Israil di atas unta yang mempunyai warna kehitaman. Di atasnya ada selendang yang diperbuat dari kapas.” [Riwayat al-Harbi dalam Kitab al-Manasik. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5508]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman