TEKS BAHASA ARAB
هذا ثوب لا يؤدى شكره. يعني الطيلسان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ini adalah pakaian yang tidak ditunaikan kesyukurannya-iaitu al-Tayalisan (sejenis kain yang diletakkan oleh orang Arab di atas bahu mereka).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1650, hadis nombor 8340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن موسى الحارثي، قال: وصف لرسول الله صلى الله عليه وسلم الطيلسان، فقال : ((هذا ثوبٌ لا يؤدَّى شكرُه. يعني الطّيلسان)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (6509)].
(Lemah)
Daripada Musa al-Harithi berkata: Digambarkan kepada Rasulullah SAW tentang al-Tayalisan. Maka Baginda bersabda: ((Ini adalah pakaian yang tidak ditunaikan kesyukurannya-iaitu al-Tayalisan (sejenis kain yang diletakkan oleh orang Arab di atas bahu mereka))).
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6509].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.