Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هَذَا ثَوْبٌ لَا يُؤدَّى شُكرُهُ . يَعْنِي الطَّيَلِسَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Ini adalah pakaian yang tidak ditunaikan kesyukurannya.
Sahabat Perawi
- Musa al-Harithi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1650, hadis no. 8340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن موسى الحارثي، قال: وصف لرسول الله صلى الله عليه وسلم الطيلسان، فقال : ((هذا ثوبٌ لا يؤدَّى شكرُه. يعني الطّيلسان)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (6509)].
(Lemah) Daripada Musa al-Harithi berkata: Digambarkan kepada Rasulullah SAW tentang al-Tayalisan. Maka Baginda bersabda: ((Ini adalah pakaian yang tidak ditunaikan kesyukurannya)). [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6509].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman