Ini adalah makanan yang disukai oleh Rasulullah dan menjadikan makanan baginda lebih sedap

TEKS BAHASA ARAB

هذا [الطعام] مما كان يعجب رسول الله صلى الله عليه وسلم، ويحسن أكله. يعني: خبز الشعير عليه زيت والفلفل والتوابل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ini adalah makanan yang disukai oleh Rasulullah dan yang menjadikan makanannya lebih sedap. Yakni: Roti yang disiram diatasnya minyak (zaitun) dan cili serta rempah ratus.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1589, hadis nombor 8028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمى: أن الحسن بن علي وابن عباس وابن جعفر أتوها فقالوا لها: اصنعي لنا طعاماً مما كان يعجب رسول الله صلى الله عليه وسلم، ويحسن أكله. فقالت: يا بني! لا تشتهونه اليوم! قالوا: بلى، اصنعيه لنا. قال: فقامت فأخذت من شعير فطحنته، ثم جعلته في قدر، وصبت عليه شيئاً من زيت، دقت الفلفل وفي رواية: (وكان إدامه الزيت، ونثرت عليه الفلفل) والتوابل، فقربته إليهم فقالت: (هذا [الطعام] مما كان يعجب رسول الله صلى الله عليه وسلم، ويحسن أكله. يعني: خبز الشعير عليه زيت والفلفل والتوابل). [ت في ((الشمائل))، طب، ((الضعيفة)) (6888)]

(Lemah)
Daripada Salma: Suatu ketika al-Hasan bin Ali, Ibn Abbas dan Ibn Ja’far telah datang kepadanya: Lalu mereka berkata kepadanya: Buatkanlah untuk kami makanan yang disukai oleh Rasulullah dan yang menjadikan makanannya lebih sedap.  Beliau berkata: Wahai anakku! Janganlah kamu mengharapkannya sekarang. Mereka berkata: Baiklah, buatlah makanan untuk kami. Lalu beliau bangun dan mengambil gandum serta mengulinya. Kemudian beliau meletakkannya di dalam bekas, menuang sedikit minyak ke atasnya serta sedikit cili, (Di dalam riwayat: Lauknya adalah minyak dan diletakkan ke atasnya cili) dan rempah penyedap rasa. Setelah itu, beliau memberikannya kepada mereka dan berkata: Ini adalah makanan yang disukai oleh Rasulullah dan yang menjadikan makanannya lebih sedap. Yakni: Roti yang disiram diatasnya minyak (zaitun) dan cili serta rempah ratus.
[Riwayat al-Tirmidhi dalam al-Syamail, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6888].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs