Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هذا الطعامُ ممَّا كان يُعجِبُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ، ويُحسنُ أكلَهُ، يعني: خبزَ الشَّعيرِ عليهِ زيتٌ والفلفلُ والتوابلُ.
Teks Bahasa Melayu
Suatu ketika al-Hasan bin Ali, Ibn Abbas dan Ibn Ja’far telah datang kepadanya: Lalu mereka berkata kepadanya: Buatkanlah makanan yang digemari oleh Rasulullah SAW dan yang biasanya menambah selera baginda. Beliau berkata: Wahai anakku! Janganlah kamu mengharapkannya sekarang. Mereka berkata: Baiklah, buatlah makanan untuk kami. Lalu beliau bangun dan mengambil gandum serta mengulinya. Kemudian beliau meletakkannya di dalam bekas, menuang sedikit minyak ke atasnya serta sedikit cili, (Di dalam riwayat: Lauknya adalah minyak dan diletakkan ke atasnya cili) dan rempah penyedap rasa. Setelah itu, beliau memberikannya kepada mereka dan berkata: Ini adalah makanan yang disukai oleh Rasulullah dan biasanya membuatkan baginda lebih berselera.
Sahabat Perawi
- Salma
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1589, hadis no. 8028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Salma: Suatu ketika al-Hasan bin Ali, Ibn Abbas dan Ibn Ja’far telah datang kepadanya: Lalu mereka berkata kepadanya: Buatkanlah makanan yang digemari oleh Rasulullah SAW dan yang biasanya menambah selera baginda. Beliau berkata: Wahai anakku! Janganlah kamu mengharapkannya sekarang. Mereka berkata: Baiklah, buatlah makanan untuk kami. Lalu beliau bangun dan mengambil gandum serta mengulinya. Kemudian beliau meletakkannya di dalam bekas, menuang sedikit minyak ke atasnya serta sedikit cili, (Di dalam riwayat: Lauknya adalah minyak dan diletakkan ke atasnya cili) dan rempah penyedap rasa. Setelah itu, beliau memberikannya kepada mereka dan berkata: Ini adalah makanan yang disukai oleh Rasulullah dan biasanya membuatkan baginda lebih berselera. [Riwayat al-Tirmidhi dalam al-Syamail, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6888].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman