Ini adalah kubur Abu Righal dan dia adalah Abu Thaqif dan dia berasal daripada Thamud

TEKS BAHASA ARAB

هذا قبر أبي رغال؛ وهو أبو ثقيف، وكان من ثمود، وكان بهذا الحرم يدفع عنه، فلما خرج أصابته النقمة التي أصابت قومه بهذا المكان، فدفن فيه، وآية ذلك أنه دفن معه غصن من ذهب، وإن أنتم نبشتم عنه أصبتموه معه. قال: فابتدره الناس فاستخرجوا الغصن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Inilah kubur Abu Righal, dan dialah Abu Thaqif, yang dahulunya berketurunan Thamud. Dahulunya beliau berlindung di tanah Haram ini, sehingga apabila (beliau keluar) beliau ditimpa azab yang menimpa kaumnya dikawasan ini, lalu beliau dikuburkan disini. Dan bukti beliau dikuburkan disini adalah dahan yang diperbuat daripada emas yang dikuburkan bersamanya, sekiranya kalian menggalinya, kalian akan mendapatinya bersamanya. Abdullah berkata: Maka orang ramai pun bergegas menggali dan mengeluarkan dahan tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 494, hadis nombor 2656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((هذا قبر أبي رغال؛ وهو أبو ثقيف، وكان من ثمود، وكان بهذا الحرم يدفع عنه، فلما خرج أصابته النقمة التي أصابت قومه بهذا المكان، فدفن فيه، وآية ذلك أنه دفن معه غصن من ذهب، وإن أنتم نبشتم عنه أصبتموه معه. قال: فابتدره الناس فاستخرجوا الغصن)). [د، البيهقي في ((الدلائل))، فر، الذهبي في ((الميزان))، ((الضعيفة)) (4736)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Inilah kubur Abu Righal, dan dialah Abu Thaqif, yang dahulunya berketurunan Thamud. Dahulunya beliau berlindung di tanah Haram ini, sehingga apabila (beliau keluar) beliau ditimpa azab yang menimpa kaumnya dikawasan ini, lalu beliau dikuburkan disini. Dan bukti beliau dikuburkan disini adalah dahan yang diperbuat daripada emas yang dikuburkan bersamanya, sekiranya kalian menggalinya, kalian akan mendapatinya bersamanya. Abdullah berkata: Maka orang ramai pun bergegas menggali dan mengeluarkan dahan tersebut.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Baihaqi dalam kitab al-Dala’il, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, dan al-Zahabi dalam kitab al-Mizan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4736].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs