Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ini adalah kubur Abu Righal dan dia adalah Abu Thaqif dan dia berasal daripada Thamud

Teks Bahasa Arab

هذا قبرُ أبي رغالٍ؛ وهو أبو ثقيفٍ، وكان من ثمودَ، وكان بهذا الحرمِ يدفع عنه، فلما أصابته النقمةُ التي أصابت قومَه بهذا المكان، فدُفن فيه، وآيةُ ذلك أنه دُفن معه غصنٌ من ذهبٍ، إن أنتم نبشتُم عنه أصبتُموه . قال: فابتدرهُ الناسُ معه الغصنُ.

Teks Bahasa Melayu

Ini adalah kubur Abu Righal dan dia adalah Abu Thaqif dan dia berasal daripada Thamud, dia dahulu berlindung di tempat perlindungan ini, tatkala dia mendapat bencana, yang melanda kaumnya di tempat ini, dia dikebumikan padanya dan bukti tersebut bahawa dikebumikan bersamanya sebatang dahan daripada emas dan jika kalian menggalinya kalian boleh memilikinya. Ibn ‘Umar berkata: Lalu para sahabat yang bersama baginda bersegera mendapatkan dahan tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 494, hadis no. 2656.

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((هذا قبر أبي رغال؛ وهو أبو ثقيف، وكان من ثمود، وكان بهذا الحرم يدفع عنه، فلما أصابته النقمة التي أصابت قومه بهذا المكان، فدفن فيه، وآية ذلك أنه دفن معه غصن من ذهب، وإن أنتم نبشتم عنه أصبتموه. قال: فابتدره الناس معه الغصن)). [د، البيهقي في ((الدلائل))، فر، الذهبي في ((الميزان))، ((الضعيفة)) (4736)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ini adalah kubur Abu Righal dan dia adalah Abu Thaqif dan dia berasal daripada Thamud, dia dahulu berlindung di tempat perlindungan ini, tatkala dia mendapat bencana, yang melanda kaumnya di tempat ini, dia dikebumikan padanya dan bukti tersebut bahawa dikebumikan bersamanya sebatang dahan daripada emas dan jika kalian menggalinya kalian boleh memilikinya. Ibn ‘Umar berkata: Lalu para sahabat yang bersama baginda bersegera mendapatkan dahan tersebut. [Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi dalam kitab al-Dala’il, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, dan al-Zahabi dalam kitab al-Mizan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4736].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.