Ini adalah agama yang Aku reda untuk diri-Ku. Dan ia tidak akan elok melainkan dengan sikap pemurah dan akhlak yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سمعت جبرائيل يقول: سمعت ميكائيل يقول: سمعت إسرافيل يقول: قال الله تعالى: هذا دين ارتضيته لنفسي، ولن يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق، ألا فأكرموه بهما ما صحبتموه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah mendengar Malaikat Jibrā’īl AS berkata: “Aku telah mendengar Malaikat Mikāīl AS berkata: ‘’Aku telah mendengar Malaikat Isrāfīl AS berkata: “Allah SWT berfirman: {Ini adalah agama yang Aku reda untuk diri-Ku. Dan ia tidak akan elok melainkan dengan sikap pemurah dan akhlak yang baik. Maka muliakanlah agama itu dengan keduanya selama mana kamu berada bersamanya}.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis nombor 251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((سمعت جبرائيل يقول: سمعت ميكائيل يقول: سمعت إسرافيل يقول: قال الله – تعالى -: هذا دين ارتضيته لنفسي، ولن يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق، ألا فأكرموه بهما ما صحبتموه)). [الرافعي في ((تاريخ قزوين))، ((الضعيفة)) (3317)].

(Bāṭil)
Daripada Anas ibn Mālik RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Aku telah mendengar Malaikat Jibrā’īl AS berkata: “Aku telah mendengar Malaikat Mikāīl AS berkata: ‘’Aku telah mendengar Malaikat Isrāfīl AS berkata: “Allah SWT berfirman: {Ini adalah agama yang Aku reda untuk diri-Ku. Dan ia tidak akan elok melainkan dengan sikap pemurah dan akhlak yang baik. Maka muliakanlah agama itu dengan keduanya selama mana kamu berada bersamanya}.))
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3317].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.