Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَمِعْتُ جَبْرَائِيلَ يقولُ: سَمِعْتُ مِيكَائِيلَ يقولُ: سَمِعْتُ إسرافيلَ يقولُ : قال اللهُ تعالى: هذا دِينٌ ارْتَضَيْتُه لنفسي، ولن يُصْلِحَهُ إلا السخاءُ وحُسْنُ الخُلُقِ، أَلَا فأَكْرِمُوه بهِما ما صَحِبْتُمُوه.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah mendengar Malaikat Jibrā'īl AS berkata: “Aku telah mendengar Malaikat Mikāīl AS berkata: ‘’Aku telah mendengar Malaikat Isrāfīl AS berkata: “Allah SWT berfirman: {Ini adalah agama yang Aku reda untuk diri-Ku. Dan ia tidak akan elok melainkan dengan sikap pemurah dan akhlak yang baik. Maka muliakanlah agama itu dengan keduanya selama mana kamu berada bersamanya}.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis no. 251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((سمعت جبرائيل يقول: سمعت ميكائيل يقول: سمعت إسرافيل يقول: قال الله - تعالى -: هذا دين ارتضيته لنفسي، ولن يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق، ألا فأكرموه بهما ما صحبتموه)). [الرافعي في ((تاريخ قزوين))، ((الضعيفة)) (3317)].
(Batil) Daripada Anas ibn Mālik RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Aku telah mendengar Malaikat Jibrā'īl AS berkata: “Aku telah mendengar Malaikat Mikāīl AS berkata: ‘’Aku telah mendengar Malaikat Isrāfīl AS berkata: “Allah SWT berfirman: {Ini adalah agama yang Aku reda untuk diri-Ku. Dan ia tidak akan elok melainkan dengan sikap pemurah dan akhlak yang baik. Maka muliakanlah agama itu dengan keduanya selama mana kamu berada bersamanya}.)) [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3317].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman