Ingkar terhadap keluarnya al-Mahdi, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

من أنكر خروج المهدي فقد كفر بما أنزل على محمد، ومن أنكر نزول عيسى بن مريم فقد كفر، ومن أنكر خروج الدجال فقد كفر، ومن لم يؤمن بالقدر خيره وشره فقد كفر، فإن جبريل عليه السلام أخبرني بأن الله تعالى يقول: من لم يؤمن بالقدر خيره وشره فليتخذ ربا غيري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1311, hadis nombor 6693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: من أنكر خروج المهدي فقد كفر بما أنزل على محمد، ومن أنكر نزول عيسى بن مريم فقد كفر، ومن أنكر خروج الدجال فقد كفر، ومن لم يؤمن بالقدر خيره وشره فقد كفر، فإن جبريل عليه السلام أخبرني بأن الله تعالى يقول: من لم يؤمن بالقدر خيره وشره فليتخذ ربا غيري.
[الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1082)].

(Batil)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang ingkar terhadap keluarnya al-Mahdi, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad. Sesiapa yang ingkar terhadap turunnya ‘Isa Ibn Maryam, maka dia telah kufur. Sesiapa yang ingkar terhadap keluarnya al-Dajjal, maka dia telah kufur. Sesiapa yang tidak beriman dengan qadar sama ada baik atau buruknya, maka dia telah kufur. Ini kerana, Jibril AS telah memberitahu kepadaku bahawa Allah Ta’ala berfirman: {Sesiapa yang tidak beriman dengan baik dan buruknya qadar, maka ambillah Tuhan lain selain-Ku}.
[Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma'ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1082].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs