Ingkar pada jin yang berada di tempatnya maka diutuskannya kepada wanita yang paling baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنه كان في قومه رجل كعمر ابن الخطاب في أمتي، فلما أنكر الجان الذي كان مكانه؛ أرسل إلى أفاضل نسائه فقال: هل تنكرن من صاحبكن شيئا؟ قلن: نعم؛ كان لا يأتينا حيضا، وهذا يأتينا حيضا. فاشتمل على سيفه ليقتله، فرد الله على سليمان ملكه، فأقبل، فوجده في مكانه، فأخبره بما يريد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dalam kalangan kaumnya terdapat seorang lelaki seperti Umar bin al-Khattab di dalam umatku. Apabila dia ingkar pada jin yang berada di tempatnya maka diutuskannya kepada wanita yang paling baik. Maka dia berkata: Adakah kamu mengingkari tuanmu akan sesuatu? Mereka menjawab: Ya, sesungguhnya kami tidak didatangi haid dan kami baru sahaja didatangi haid lalu dia mengambil pedangnya untuk membunuhnya. Kemudian Allah mengembalikan kepada Sulaiman kekuasaannya lalu diterima dan baginda mendapatkan tempatnya serta Allah memberitahunya apa yang dikehendaki.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1532, hadis nombor 7784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عبدالرحمن بن رافع، قال: بلغني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدث عن فتنة سُلَيْمَان عليه السلام، قال: أنه كان في قومه رجل كعمر ابن الخطاب في أمتي، فلما أنكر الجان الذي كان مكانه؛ أرسل إلى أفاضل نسائه فقال: هل تنكرن من صاحبكن شيئاً؛ قلن: نعم؛ كان لا يأتينا حيضاً، وهذا يأتينا حيضاً. فاشتمل على سيفه ليقتله، فردّ اَللَّه على سليمان ملكه، فأقبل، فوجده في مكانه، فأخبره بما يريد. [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (5992)].

(Batil)
Daripada ‘Abd al-Rahman bin Rafi’ berkata: Telah sampai kepadaku berita bahawa Rasulullah SAW bercerita tentang fitnah kepada Sulaiman AS. Baginda bersabda: Sesungguhnya pada kaumnya terdapat seorang lelaki seperti Umar bin al-Khattab di dalam umatku. Apabila dia ingkar pada jin yang berada di tempatnya maka diutuskannya kepada wanitanya yang paling baik. Maka dia berkata: Adakah kamu mengingkari tuanmu akan sesuatu? Mereka menjawab: Ya, sesungguhnya kami tidak didatangi haid dan kami baru sahaja didatangi haid lalu dia mengambil pedangnya untuk membunuhnya. Kemudian Allah mengembalikan kepada Sulaiman kekuasaannya lalu diterima dan baginda mendapatkan tempatnya serta Allah memberitahunya apa yang dikehendaki. [Riwayat Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5992]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.