Ingatlah! Tidak ada seorang pun yang mengenali KitabNya sebelum Abu Bakar dan 'Umar

TEKS BAHASA ARAB

إذا جمع الله الأولين والآخرين يوم القيامة في صعيد واحد؛ سمعوا صوت مناد يهتف من نحو العرش: ألا لا يعرفن أحد كتابه قبل أبي بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah kumpulkan orang yang awal dan orang yang akhir pada hari kiamat di suatu tempat, mereka mendengar suara penyeru menjerit dari arah ‘Arash: Ingatlah! Tidak ada seorang pun yang mengenali KitabNya sebelum Abu Bakar dan ‘Umar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1362 – 1363, hadis nombor 6947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عطاء، قال: مر عمر رضي الله عنه برجل وهو يكلم امرأة، فعلاه بالدرة، فقال: يا أمير المؤمنين! إنها امرأتي. قال: ها؛ فاقتص. قال: قد غفرت لك يا أمير المؤمنين. قال: ليس مغفرتها بيدك، ولكن إن شئت أن تعفو فاعف. قال: قد غفرت لك يا أمير المؤمنين. قال: ثم مر من فوره إلى منزل عبد الرحمن وهو يقول: ويل أمك يا عمر! تضرب الناس ولا يضربونك، وتشتم الناس ولا يشتمونك، حتى دخل على عبد الرحمن، فقص عليه القصة، فقال: ليس بأس يا أمير المؤمنين، إنما أنت مؤدب، وإن شئت حدثتك بما سمعت من النبي صلى الله عليه وسلم، يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إذا جمع الله الأولين والآخرين يوم القيامة في صعيد واحد؛ سمعوا صوت مناد يهتف من نحو العرش: ألا لا يعرفن أحد كتابه قبل أبي بكر وعمر.
[الأصبهاني في ((الحجة))، ((الضعيفة)) (5563)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ata’, katanya: Umar RA telah melintasi seorang lelaki yang sedang berbicara dengan seorang wanita, lalu Umar pun memukul mereka berdua dengan tongkat, lelaki itu pun berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Wanita ini adalah isteriku! Umar berkata: Ambillah, lakukan qisas (terhadapku). Lelaki itu menjawab: Aku telah mengampunkan kamu, wahai Amir al-Mukminin. Umar menjawab: Keampunannya bukan berada di tanganmu, namun jika kamu ingan memaafkan, kamu boleh maafkan. Lelaki itu berkata: Aku telah memaafkanmu wahai Amir al-Mukminin!. ‘Ata’ berkata: Lalu Umar dengan segera telah pergi ke rumah ‘Abd al-Rahman sambil mengucapkan: "Celakalah ibu kamu, wahai Umar! Kamu memukul orang sedangkan mereka tidak mahu memukulmu, kamu mencela orang lain sedangkan mereka tidak mencelamu", hinggalah ‘Umar masuk menemui ‘Abd al-Rahman, beliau pun menceritakan perkara itu kepada ‘Abd al-Rahman, beliau pun berkata: Tidak mengapa, wahai Amir al-Mukminin! Sesunggunya engkau seorang yang membetulkan adab. Jika kamu mahu, aku ceritakan kepadaku hadith yang aku telah dengar daripada Nabi SAW, ‘Abd al-Rahman berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah kumpulkan orang yang awal dan orang yang akhir pada hari kiamat di suatu tempat, mereka mendengar suara penyeru menjerit dari arah ‘Arash: Ingatlah! Tidak ada seorang pun yang mengenali KitabNya sebelum Abu Bakar dan ‘Umar.
[Riwayat al-Asfahani dalam al-Hujjah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5563]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs