Ingatlah, sesungguhnya Tuhan kamu sangat menyukai pujian

TEKS BAHASA ARAB

أما إن ربك يحب الحمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ingatlah, sesungguhnya Tuhan kamu sangat menyukai pujian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 221-223, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه النسائي في النعوت من الكبرى عن يونس بن عبيد وأحمد (3/ 435) عن عوف والحاكم (3/ 614) عن عبد الله بن أبي بكر المزني ثلاثتهم عن الحسن البصري عن الأسود بن سريع قال: يا رسول الله ألا أنشدك محامد حمدتُ بها ربي تبارك وتعالى؟ فقال: إن ربك تبارك وتعالى يحب الحمد. ولم يستزده على ذلك. قال الحاكم: صحيح الإسناد ووافقه الذهبي
قلت: لا. فقد قال علي بن المديني وابن مندة: لا يصح سماع الحسن من الأسود. قال ابن المديني: الأسود بن سريع قتل أيام الجمل، وإنما قدم الحسن البصرة بعد ذلك. ذكره يعقوب بن سفيان في المعرفة (2/ 54) . وقال الحافظ في التهذيب (1/ 339) بعد ذكر أشياء عن الأسود أنه غزا مع النبي صلى الله عليه وسلم أربع غزوات.
قلت: وهذا سند صحيح، يثبت سماع الحسن من الأسود في الجملة. ولكن الحسن مدلس فنحتاج إلى تصريحه بالسماع وهذه هي العلة. ولم يتفرد به الحسن بل تابعه عبد الرحمن بن أبي بكرة عن الأسود بن سريع التميمي قال: قدمت على نبي الله صلى الله عليه وسلم، فقلت: يا نبي الله قد قلت شعراً، أثبت فيه على الله تبارك وتعالى ومدحتك. فقال: أما ما أثنيت على الله تعالى فهاته، وما مدحتني به فدعه. فجعلت أنشده. فدخل رجل طوال أقني. فقال لي: أمسك. فلما خرج قال: هات. فقلت: من هذا يا نبي الله الذي إذا دخل قلت: أمسك وإذا خرج قلت: هات؟ قَالَ: هَذَا عمر بن الخطاب وَلَيسَ من الباطل في شيء. معمر بن بكار السعدي ثنا إبراهيم ابن سعد عن الزهري عن عبد الرحمن بن أبي بكرة بِهِ. وقال: هذا حديث صحيح الإسناد.
فرده الذهبي: قلك: معمر له مناكير.
قلت: ومعمر بن بكار ذكره العقيلي في الضعفاء (4/ 207) وقال: في حديثه وهم، ولا يتابع على أكثره. وقال ابن أبي حاتم عن أبيه: مجهول.
ذكره في الجرح (4/2/69) في ترجمة هشام بن أبي هشام الحنفي. ولكنه توبع. أخرجه البخاري في الأدب (342) قال: حدثنا حجاج، قال حدثنا حماد بن سلمة عن علي بن زيد، عن عبد الرحمن بن أبي بكرة، عن الأسود فساقه بنحوه.
قلت: وسنده ضعيف. وعلي بن زيد: هو ابن جدعان ضعفه أحمد وابن معين والنسائي وابن سعد وآخرون. ثم علة أخرى. قال ابن مندة: عبد الرحمن بن أبي بكرة لا يصح سماعه من الأسود. قلت: ولم يذكر ابن مندة دليلاً سائغاً على النفي. فإن الأسود بن سريع أول من قص بالبصرة، وتوفي في أيام الجمل سنة (42 هـ‍) كما ذكره جماعة منهم أحمد وابن معين والبخاري. وعبد الرحمن بن أبي بكرة بصري أيضاً، بل قال ابن سعد: هو أول مولود ولد بالبصرة ولد سنة (14) ومات سنة (96 هـ‍) فقد أدرك الأسود طويلاً، ولا يعرف بتدليس. فالجمهور على أن الرواية متصلة. إلا إن ثبت أن هناك دليلاً صريحاً بالنفي. فعندئذ نقدم الدليل الخاص على القاعدة العامة. والله أعلم.
ثم إني أرى أن في المتن نكارة، وهي أمر النبي – صلى الله عليه وسلم الأسود بإمساك عن إنشاد الشعر عند دخول عمر معللاً ذلك بأنه رجل لا يحب الباطل. فالنبي صلى الله عليه وسلم أولى بهجر الباطل فإن هذا الشعر لا يخلو أن يكون حقاً أو باطلاً وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: إن من الشعر حكمه. أخرجه البخاري (10/ 537- فتح) وابن ماجه (3755) وأحمد (5/ 125) والطيالسي (556) وغيرهم عن أبي بن كعب. وفي الباب عن ابن عباس. أخرجه أبو داود (5011) والبخاري في الأدب (872) وابن ماجه (3756) وأحمد (1/ 269، 273، 303، 309، 313، 327، 332) وابن حبان (2009) .

Dha’if. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Nasaie dalam al-Nu’ut daripada kitab Al-Sunan al-Kubra daripada Yunus bin Ubaid, Ahmad (3/435) daripada ‘Awf, dan al-Hakim (3/614) daripada Abd Allah bin Abi Bakr al-Muzani, ketiga-tiga mereka telah meriwayatkannya daripada al-Hasan al-Basri daripada al-Aswad bin Sari’, katanya: "Wahai Rasulullah, bolehkah saya melantunkan ucapan puji-pujian yang saya gunakan untuk memuji Tuhan saya Tabaraka Wa Ta’ala?". Jawab Baginda SAW: "Sesungguhnya Tuhan kamu Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi menyukai pujian. Tidak perlu kamu menambahnya terhadap pujian itu". Al-Hakim berkata: "Sanadnya sahih", dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Tidak, ‘Ali bin all-Madini dan Ibn Mandahh telah berkata: "Tidak sahih al-Hasan mendengar hadith daripada al-Aswad".
Ibn al-Madini berkata: "al-Aswad bin Sari’ telah terbunuh pada hari peperangan Jamal. Al-Hasan al-Basri pergi (ke Makkah) setelah itu". Ya’qub bin Sufyan telah menyebutkannya dalam al-Ma’rifah (2/54).
Al-Hafiz berkata dalam al-Tahzib (1/339) setelah menyebutkan beberapa hadith daripada al-Aswad, bahawa beliau pernah berperang bersama Nabi SAW sebanyak empat peperangan".
Saya berkata: Sanad ini sahih, thabit bahawa al-Hasan mendengar hadith daripada al-Aswad secara umum. Namun, al-Hasan seorang Mudallis, maka beliau perlu menyebutkan jelas lafaz yang menunjukkan bahawa beliau mendengarnya. Inilah punca kecacatan hadith ini. Namun, al-Hasan tidak bersendirian meriwayatkannya. Riwayat beliau disokong oleh ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakrah daripada al-Aswad bin Sari’ al-Tamimi, katanya: Aku pernah pergi bertemu Nabi SAW, aku pun berkata: "Wahai Nabi Allah! Saya telah mengubah satu syair, saya menyebutkan sanjungan kepada Allah Yang Maha Berkat dan Maha Tinggu dalam syair tersebut dan saya memuji-mujiNya." Baginda SAW bersabda: "Adapun sanjungan kamu kepada Allah Ta’ala itu, sebutkannya. Manakala pujianmu itu pula, tinggalkannya". Lalu aku pun mengalunkannya. Lalu seorang lelaki yang tinggi tulang rawan hidung pun masuk, lalu Baginda SAW berkata kepada saya: "Berhentilah". Setelah lelaki itu keluar, Baginda SAW bersabda: "Sebutkanlah". Aku pun bertanya: "Wahai Nabi Allah! Siapakah lelaki ini yang bila dia masuk, anda suruh berhenti dan apabila dia keluar, anda suruh mengalunkannya?". Baginda SAW menjawab: "Ini adalah ‘Umar bin al-Khattab. Beliau tidak menyukai kebatilan dalam apapun perkara".
Ma’mar bin Bakkar al-Sa’di berkata : Ibrahim Ibn Sa’d telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakrah dengan sanadnya. Al-Hakim berkata: "Hadith ini sahih sanadnya". Lalu al-Zahabi menolak penilaianya tersebut: "Saya berkata: Ma’mar memiliki riwayat-riwayat yang munkar".
Saya berkata: Ma’mar bin Bakrah, al-‘Uqaili menyebutkannya dalam al-Dhu’afa’ (4/207), seraya berkata: "Pada hadithnya ada kekeliruan, kebanyakkan hadithnya tidak ada sokongan". Ibn Abi Hatim berkata daripada ayahnya: "Majhul". Beliau menyebutkannya dalam al-Jarh (4/2/69) dalam biografi Hisham bin Abi Hisham al-Hanafi. Namun, riwayat Ma’mar ada sokongan. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab (342), katanya Hajjaj telah menceritakan kepada kami, katanya Hammad bin Salamah telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ali bin Zaid daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakrah daripada al-Aswad, lalu beliau membawakan hadith tersebut dengan lafaz yang seumpamanya.
Saya berkata: Sanadnya dha’if. ‘Ali bin Zaid bin Jud’an telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Ibn Ma’in, al-Nasa’ei, Ibn Sa’d dan lain-lain. Kemudian, kecacatan lainnya: Ibn Mandah berkata: "’Abd al-Rahman bin Abi Bakrah, tidak sahih beliau mendengar hadith daripada al-Aswad".
Saya berkata: Ibn Mandah tidak pula menyebutkan dalil yang boleh diterima terhadap penafian tersebut. Ini kerana, al-Aswad bin Sari’ merupakan orang mula-mula menceritakan (hadith) di Basrah dan meninggal pada hari-hari peperangan Jamal pada tahun 42 Hijrah sebagaimana disebutkan oleh sekumpulan ulama, antaranya Ahmad, Ibn Ma’in, al-Bukhari. ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakrah juga seorang Basri (penduduk Basrah), bahkan Ibn Sa’d pernah berkata: "Beliau merupakan kelahiran (Islam) pertama yang dilahirkan di Basrah’, beliau dilahirkan pada tahun 14 Hijrah dan meninggal tahun 96 Hijrah. Beliau sempat bersama al-Aswad dalam tempoh yang lama dan beliau tidak dikenali melakukan tadlis. Majoriti berpandangan bahawa riwayat tersebut bersambung sanadnya, kecuali disana adanya bukti yang jelas menafikannya. Ketika itu, kita akan mendahulukan dalil yang khusus berbanding kaedah yang umum. Wallahua’lam.
Seterusnya, saya berpandangan bahawa matan hadith tersebut adalah munkar. Munkar tersebut kerana Nabi SAW memerintahkan al-Aswad supaya berhenti mengalunkan syair ketika ‘Umar masuk, dengan alasan bahawa ‘Umar seorang lelaki yang tidak sukakan kebatilan. Ini kerana, Nabi SAW lebih lagi menjauhi kebatilan. Syair ini tidak terlepas daripada perkara benar dan perkara batil. Sahih daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW bersaabda: "Sesungguhnya sebahagian syair itu adalah hikmah". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (10/537 – Fath), Ibn Majah (3755), Ahmad (5/125), al-tayalisi (556) dan lain-lain daripada Ubai bin Ka’b.
Dalam bab ini juga diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas. Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Daud (5011), al-Bukhari dalam al-Adab (872), Ibn Majah (3756), Ahmad (1/269, 273, 303, 309, 313, 327, 332) dan Ibn Hibban (2009). Juga dalam bab tersebut turut diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, Buraidah dan lain-lain.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs