Musuh-musuh Allah akan bangun, mereka adalah golongan Qadariyyah

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة نادى مناد: ألا ليقم خصماء الله، وهم القدرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Ingatlah! Musuh-musuh Allah akan bangun, mereka adalah golongan Qadariyyah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis nombor 6375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم القيامة نادى مناد: ألا ليقم خصماء الله، وهم القدرية.
[ابن أبي عاصم، طس، ((الضعيفة)) (2582)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Ingatlah! Musuh-musuh Allah akan bangun, mereka adalah golongan Qadariyyah.
[Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2582]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.