TEKS BAHASA ARAB
ألا إنه لم يبق من الدنيا إلا مثل الذباب تمور فى جوها، فالله الله فى إخوانكم من أهل القبور، فإن أعمالكم تعرض عليهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ingatlah bahawa tidak ada yang kekal daripada dunia melainkan seperti lalat yang berputar-putar di udara. Berhati-hatilah terhadap saudara-saudara kamu dalam kalangan penghuni kubur kerana amalan-amalan kamu akan dibentangkan kepada mereka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305, hadis nombor 6667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن النعمان بن بشير رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا إنه لم يبق من الدنيا إلا مثل الذباب تمور فى جوها، فالله الله فى إخوانكم من أهل القبور، فإن أعمالكم تعرض عليهم.
[ك، ((الضعيفة)) (443)].
(Lemah)
Daripada al-Nu’man bin Bashir RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Ingatlah bahawa tidak ada yang kekal daripada dunia melainkan seperti lalat yang berputar-putar di udara. Berhati-hatilah terhadap saudara-saudara kamu dalam kalangan penghuni kubur kerana amalan-amalan kamu akan dibentangkan kepada mereka.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 443].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.