Ingatlah bahawa Dajal telah meninggalkan kamu dengan masuk ke dalam rumah-rumah kamu

TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن يخرج ابن حمل الضأن (ثلاث مرات)، قلت: وما حمل الضأن؟ قال: رجل أحد أبويه شيطان يملك الروم، يجيء في ألف ألف من الناس؛ خمسمائة ألف في البر، وخمسمائة ألف في البحر، ينزلون أرضاً يقال لها: (العميق)، فيقول لأصحابه: إن لي في سفينتكم بقيّة، فيحرقها بالنار، ثم يقول لهم: لا رومية لكم ولا قسطنطينية لكم، من شاء أن يفرَّ. ويستمد المسلمون بعضهم بعضاً، حتى يمدهم أهل (عدن أبين) فيقول لهم المسلمون: الحقوا بهم فكونوا سلاحاً واحداً، فيقتتلون شهراً واحداً، حتى يخوض في سنابكها الدماء، وللمؤمن يومئذ كفلان من الأجر على من كان قبله، إلا ما كان من أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم، فإذا كان آخر يوم من الشهر؛ قال الله تعالى: اليوم أسل سيفي وأنصر ديني، وأنتقم من عدوي؛ فيجعل الله لهم الدائرة عليهم، فيهزمهم الله، حتى تُستفتح القسطنطينية، فيقول أميرهم: لا غلول اليوم، فبينا هم كذلك يقسمون بتر سهم الذهب والفضة؛ إذ نودي فيهم: ألا إن الدجال قد خلفكم في دياركم، فيدعون ما بأيديهم، ويقتلون الدجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir tiba masanya anak lelaki yang memikul biri-biri akan keluar (sebanyak tiga kali). Aku bertanya: Apakah maksud memikul biri-biri? ‘Abdullah menjawab: Seorang lelaki yang salah seorang orang tuanya adalah syaitan yang memiliki Rom. Dia akan datang bersama 1 juta manusia; 500 ribu di darat dan 500 ribu di lautan. Mereka akan tiba di tempat bernama al-‘Amiq, dia pun berkata kepada temannya: Aku mempunyai baki dalam kapal kamu, lalu dia pun membakarnya dengan api. Kemudian dia berkata kepada mereka: Tidak ada Rom bagi kamu, tidak ada Konstantinopel bagi kamu, sesiapa yang mahu, dia boleh lari. Orang-orang muslim mendapatkan satu sama lain hingga penduduk ‘Adana Abyan mendapatkan mereka. Orang-orang muslim pun berkata kepada mereka: Sertailah mereka agar kamu boleh menjadi satu senjata. Mereka membunuh selama sebulan hingga darah-darah mengalir di tempat-tempat tanah kerasnya. Orang beriman pada hari itu mendapat jaminan dua pahala berbanding orang sebelumnya kecuali orang yang dalam kalangan sahabat Muhammad SAW. Apabila tiba hari terakhir bulan tersebut, Allah berfirman: Aku hunuskan pedang-Ku dan Aku bantu agama-Ku, Aku balas dendam terhadap musuhKu; Lalu Allah jadikan lingkaran bulatan di atas mereka, lalu Allah binasakan mereka hingga Konstantinopel dibuka. Lalu pemimpin mereka akan berkata: Hari ini tidak ada lagi pengkhianatan, ketika mereka dalam keadaan sedemikian, mereka membahagikan emas dan perak menggunakan perisai mereka; Tiba-tiba diserukan kepada mereka: Ingatlah bahawa Dajal telah meninggalkan kamu dengan masuk ke dalam rumah-rumah kamu, lalu mereka pun meninggalkan harta yang ada pada tangan-tangan mereka, mereka pun membunuh Dajal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1387 – 1388, hadis nombor 7047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف)
عن عبد الرحمن بن أبي بكرة رضي الله عنه، قال: أتيتا عبد الله بن عمرو في بيته، وحوله سماطان من الناس، وليس على فراشه [أحد] ، فجلست على فراشه مما يلي رجليه، فجاء رجل أحمر عظيم البطن فجلس، فقال: من الرجل؟ قلت: عبد الرحمن بن أبي بكرة قال: ومن أبو بكرة؟ قال: وما تذكر الرجل الذي وثب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم من سور الطائف؟ فقال: بلى، فرحب، ثم أنشأ يحدثنا فقال: يوشك أن يخرج ابن حمل الضأن (ثلاث مرات)، قلت: وما حمل الضأن؟ قال: رجل أحد أبويه شيطان يملك الروم، يجيء في ألف ألف من الناس؛ خمسمائة ألف في البر، وخمسمائة ألف في البحر، ينزلون أرضاً يقال لها: (العميق)، فيقول لأصحابه: إن لي في سفينتكم بقيّة، فيحرقها بالنار، ثم يقول لهم: لا رومية لكم ولا قسطنطينية لكم، من شاء أن يفرَّ. ويستمد المسلمون بعضهم بعضاً، حتى يمدهم أهل (عدن أبين) فيقول لهم المسلمون: الحقوا بهم فكونوا سلاحاً واحداً، فيقتتلون شهرا واحدا، حتى يخوض في سنابكها الدماء، وللمؤمن يومئذ كفلان من الأجر على من كان قبله، إلا ما كان من أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم، فإذا كان آخر يوم من الشهر؛ قال الله تعالى: اليوم أسل سيفي وأنصر ديني، وأنتقم من عدوي؛ فيجعل الله لهم الدائرة عليهم، فيهزمهم الله، حتى تُستفتح القسطنطينية، فيقول أميرهم: لا غلول اليوم، فبينا هم كذلك يقسمون بتر سهم الذهب والفضة؛ إذ نودي فيهم: ألا إن الدجال قد خلفكم في دياركم، فيدعون ما بأيديهم، ويقتلون الدجال.
[البزار، ((الضعيفة)) (6169)]

(Lemah, sanadnya terputus)
Daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakrah RA, katanya: Aku pernah datang menemui ‘Abdullah bin ‘Amr di rumah beliau, di sekeliling beliau ada dua kumpulan manusia, tidak ada seorang pun yang duduk di atas tilam beliau, lalu aku pun duduk di atas tilam beliau di hujung kedua kakinya. Seorang lelaki berkulit merah keputihan dan perut yang besar lalu datang dan duduk, lalu ‘Abdullah bertanya: Siapakah ini? Aku berkata: ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakrah, ‘Abdullah berkata: Siapa pula Abu Bakrah? ‘Abdullah berkata lagi: Orang yang kamu sebutkan itu adalah lelaki yang menerpa Rasulullah SAW daripada tembok Taif? ‘Abd al-Rahman berkata: Ya, ‘Abdullah pun mengalu-alukan beliau, kemudian beliau mula menceritakan kepada kami, katanya: Hampir tiba masanya anak lelaki yang memikul biri-biri akan keluar (sebanyak tiga kali). Aku bertanya: Apakah maksud memikul biri-biri? ‘Abdullah menjawab: Seorang lelaki yang salah seorang orang tuanya adalah syaitan yang memiliki Rom. Dia akan datang bersama 1 juta manusia; 500 ribu di darat dan 500 ribu di lautan. Mereka akan tiba di tempat bernama al-‘Amiq, dia pun berkata kepada temannya: Aku mempunyai baki dalam kapal kamu, lalu dia pun membakarnya dengan api. Kemudian dia berkata kepada mereka: Tidak ada Rom bagi kamu, tidak ada Konstantinopel bagi kamu, sesiapa yang mahu, dia boleh lari. Orang-orang muslim mendapatkan satu sama lain hingga penduduk ‘Adana Abyan mendapatkan mereka. Orang-orang muslim pun berkata kepada mereka: Sertailah mereka agar kamu boleh menjadi satu senjata. Mereka membunuh selama sebulan hingga darah-darah mengalir di tempat-tempat tanah kerasnya. Orang beriman pada hari itu mendapat jaminan dua pahala berbanding orang sebelumnya kecuali orang yang dalam kalangan sahabat Muhammad SAW. Apabila tiba hari terakhir bulan tersebut, Allah berfirman: Aku hunuskan pedang-Ku dan Aku bantu agama-Ku, Aku balas dendam terhadap musuhKu; Lalu Allah jadikan lingkaran bulatan di atas mereka, lalu Allah binasakan mereka hingga Konstantinopel dibuka. Lalu pemimpin mereka akan berkata: Hari ini tidak ada lagi pengkhianatan, ketika mereka dalam keadaan sedemikian, mereka membahagikan emas dan perak menggunakan perisai mereka; Tiba-tiba diserukan kepada mereka: Ingatlah bahawa Dajal telah meninggalkan kamu dengan masuk ke dalam rumah-rumah kamu, lalu mereka pun meninggalkan harta yang ada pada tangan-tangan mereka, mereka pun membunuh Dajal.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6169]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.