Ingatlah Allah kerana sesungguhnya Dia adalah penolong kamu bagi apa yang kamu pinta

TEKS BAHASA ARAB

اذكر الله فإنه عون لك على ما تطلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ingatlah Allah kerana sesungguhnya Dia adalah penolong kamu bagi apa yang kamu pinta.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 561, hadis nombor 2913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عطاء بن أبي مسلم، قال: لما ودّع رسول الله ﷺ عبد الله بن رواحة؛ قال ابن رواحة: يا رسول الله! مرني بشيء أحفظه عنك! قال: «إنك قادم غدا بلدا، السجود به قليل؛ فأكثر السجود». قال عبد الله: زدني يا رسول الله! قال: «اذكر الله فإنه عون لك على ما تطلب». فقام من عنده حتى إذا مضى ذاهبا؛ رجع إليه فقال: يا رسول الله! إن الله وتر يحب الوتر! قال: «يا ابن رواحة! ما عجزت؛ فلا تعجزنّ إن أسأت عشرا أن تحسن واحدة». فقال ابن رواحة: لا أسألك عن شيء بعدها. [الواقدي في ((المغازي))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7140)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Aṭā’ bin Abū Muslim, dia telah berkata: Tatkala Rasulullah ﷺ mengucapkan ucapan perpisahan kepada Abdullah bin Rawāḥah, Ibn Rawāḥah telah berkata: “Wahai Rasulullah! Perintahkan aku dengan suatu perkara yang aku boleh menjaganya daripada kamu!” Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya kamu akan tiba pada satu negeri pada esok hari, yang sedikit sujud di dalamnya. Maka perbanyakkanlah sujud”. Abdullah berkata: “Tambahkan untuk aku wahai Rasulullah”. Rasulullah ﷺ bersabda: “Ingatlah Allah kerana sesungguhnya Dia adalah penolong kamu bagi apa yang kamu pinta”. Lalu beliau pun bangun dari sisi baginda sehingga apabila beliau berlalu pergi, beliau kembali kepada baginda lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal) dan suka akan bilangan ganjil!”. Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Ibn Rawāḥah! Kamu tidak lemah. Maka janganlah sekali-kali kamu lemah untuk berbuat baik dengan satu kebaikan sekiranya kamu telah melakukan sepuluh kesalahan”. Maka Ibn Rawāḥah berkata: “Aku tidak akan bertanya kepada apa pun selepasnya (soalan ini)”. [Riwayat al-Wāqidī dalam al-Maghāzī dan Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7140].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.