Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اذْكُرِ اللَّهَ فَإِنَّهُ عَوْنٌ لَكَ عَلَى مَا تَطْلُبُ.
Teks Bahasa Melayu
Ingatlah Allah kerana sesungguhnya Dia adalah penolong kamu bagi apa yang kamu pinta.
Sahabat Perawi
- ‘Aṭā’ bin Abū Muslim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 561, hadis no. 2913.
(Sangat Lemah) Daripada ‘Aṭā’ bin Abū Muslim, dia telah berkata: Tatkala Rasulullah ﷺ mengucapkan ucapan perpisahan kepada Abdullah bin Rawāḥah, Ibn Rawāḥah telah berkata: “Wahai Rasulullah! Perintahkan aku dengan suatu perkara yang aku boleh menjaganya daripada kamu!" Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya kamu akan tiba pada satu negeri pada esok hari, yang sedikit sujud di dalamnya. Maka perbanyakkanlah sujud”. Abdullah berkata: “Tambahkan untuk aku wahai Rasulullah”. Rasulullah ﷺ bersabda: “Ingatlah Allah kerana sesungguhnya Dia adalah penolong kamu bagi apa yang kamu pinta”. Lalu beliau pun bangun dari sisi baginda sehingga apabila beliau berlalu pergi, beliau kembali kepada baginda lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal) dan suka akan bilangan ganjil!". Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Ibn Rawāḥah! Kamu tidak lemah. Maka janganlah sekali-kali kamu lemah untuk berbuat baik dengan satu kebaikan sekiranya kamu telah melakukan sepuluh kesalahan”. Maka Ibn Rawāḥah berkata: “Aku tidak akan bertanya kepada apa pun selepasnya (soalan ini)”. [Riwayat al-Wāqidī dalam al-Maghāzī dan Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7140].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman