Ingatlah akan Allah, kerana sesungguhnya Dia akan membantumu pada apa yang kamu tuntut

TEKS BAHASA ARAB

اذكر الله فإنه عون لك على ما تطلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ingatlah akan Allah, kerana sesungguhnya Dia akan membantumu pada apa yang kamu tuntut.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis nombor 1948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عطاء بن أبي مسلم، قال: لما ودع رسول الله ﷺ عبد الله بن رواحة؛ قال ابن رواحة: يا رسول الله! مرني بشيء أحفظه عنك! قال: «إنك قادم غدا بلدا، السجود به قليل؛ فأكثر السجود». قال عبد الله: زدني يا رسول الله! قال: «اذكر الله؛ فإنه عون لك على ما تطلب». فقام من عنده حتى إذا مضى ذاهبا؛ رجع إليه فقال: يا رسول الله! إن الله وتر يحب الوتر! قال:«يا ابن رواحة! ما عجزت؛ فلا تعجزن إن أسأت عشرا أن تحسن واحدة». فقال ابن رواحة: لا أسألك عن شيء بعدها. [الواقدي في «المغازي»، ابن عساكر، «الضعيفة» (7140)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ata’ bin Abu Muslim, beliau berkata: Tatkala Rasulullah ﷺ mengucapkan selamat tinggal kepada Abdullah bin Rawahah, Ibnu Rawahah telah berkata: "Wahai Rasulullah! Perintahkan dengan satu perkara agar aku dapat menjaganya daripadamu!". Baginda menjawab: "Kamu akan tiba di suatu negeri esok yang sujud di situ sedikit. Maka kamu perbanyakkanlah sujud". Abdullah berkata: "Tambahkan lagi untukku, wahai Rasulullah!". Baginda bersabda: "Ingatlah akan Allah, kerana sesungguhnya Dia akan membantumu pada apa yang kamu tuntut". Beliau lalu berdiri dari sisi baginda ﷺ sehinggalah apabila beliau berlalu pergi, beliau datang kembali kepada baginda lantas bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal) dan menyukai bilangan ganjil!" Baginda bersabda: "Wahai Ibn Rawahah! Kamu tidak lemah, maka janganlah kamu menjadi lemah untuk melakukan satu kebaikan jika kamu telah melakukan sepuluh kejahatan". Maka Ibnu Rawahah berkata: "Aku tidak akan meminta daripadamu apa-apa lagi selepasnya". [Riwayat al-Waqidi dalam al-Maghazi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7140].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs