Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اذْكُرِ اللهَ فإنهُ عونٌ لكَ على ما تَطلبُ.
Teks Bahasa Melayu
Ingatlah akan Allah, kerana sesungguhnya Dia akan membantumu pada apa yang kamu tuntut.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis no. 1948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عطاء بن أبي مسلم، قال: لما ودع رسول الله ﷺ عبد الله بن رواحة؛ قال ابن رواحة: يا رسول الله! مرني بشيء أحفظه عنك! قال: «إنك قادم غدا بلدا، السجود به قليل؛ فأكثر السجود». قال عبد الله: زدني يا رسول الله! قال: «اذكر الله؛ فإنه عون لك على ما تطلب». فقام من عنده حتى إذا مضى ذاهبا؛ رجع إليه فقال: يا رسول الله! إن الله وتر يحب الوتر! قال:«يا ابن رواحة! ما عجزت؛ فلا تعجزن إن أسأت عشرا أن تحسن واحدة». فقال ابن رواحة: لا أسألك عن شيء بعدها. [الواقدي في «المغازي»، ابن عساكر، «الضعيفة» (7140)].
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ata' bin Abu Muslim, beliau berkata: Tatkala Rasulullah ﷺ mengucapkan selamat tinggal kepada Abdullah bin Rawahah, Ibnu Rawahah telah berkata: "Wahai Rasulullah! Perintahkan dengan satu perkara agar aku dapat menjaganya daripadamu!". Baginda menjawab: "Kamu akan tiba di suatu negeri esok yang sujud di situ sedikit. Maka kamu perbanyakkanlah sujud". Abdullah berkata: "Tambahkan lagi untukku, wahai Rasulullah!". Baginda bersabda: "Ingatlah akan Allah, kerana sesungguhnya Dia akan membantumu pada apa yang kamu tuntut". Beliau lalu berdiri dari sisi baginda ﷺ sehinggalah apabila beliau berlalu pergi, beliau datang kembali kepada baginda lantas bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal) dan menyukai bilangan ganjil!" Baginda bersabda: "Wahai Ibn Rawahah! Kamu tidak lemah, maka janganlah kamu menjadi lemah untuk melakukan satu kebaikan jika kamu telah melakukan sepuluh kejahatan". Maka Ibnu Rawahah berkata: "Aku tidak akan meminta daripadamu apa-apa lagi selepasnya". [Riwayat al-Waqidi dalam al-Maghazi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7140].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman