Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Inai merupakan wangian utama ahli syurga, ia memisahkan di antara kekufuran dan keimanan

Teks Bahasa Arab

شُوبُوا شَيْبَكُمْ بالحِنَاءِ؛ فإنه أَسْرَى لوُجُوهِكُمْ، وأطيَبُ لأفواهِكُمْ، وأكثَرُ لجِمَاعِكُمْ، الحناء سيِّدُ رَيْحَانِ أهلِ الجنةِ، الحناء يَفْصِلُ ما بين الكُفْرِ والإيمان.

Teks Bahasa Melayu

Warnakanlah uban kamu dengan inai kerana sesungguhnya ia menambah seri wajah-wajah kamu, lebih wangi untuk mulut kamu, lebih banyak (khasiatnya) bagi persetubuhan kamu. Inai merupakan wangian utama ahli syurga, ia memisahkan di antara kekufuran dan keimanan (kerana orang kafir tidak mewarnakan uban mereka melainkan dengan warna hitam).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis no. 8200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((شوبوا شيبكم بالحناء؛ فإنه أسرى لوجوهكم، وأطيب لأفواهكم، وأكثر لجماعكم، الحناء سيد ريحان أهل الجنة، الحناء يفصل ما بين الكفر والإيمان)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) 3745)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Warnakanlah uban kamu dengan inai kerana sesungguhnya ia menambah seri wajah-wajah kamu, lebih wangi untuk mulut kamu, lebih banyak (khasiatnya) bagi persetubuhan kamu. Inai merupakan wangian utama ahli syurga, ia memisahkan di antara kekufuran dan keimanan (kerana orang kafir tidak mewarnakan uban mereka melainkan dengan warna hitam).)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3745].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.