Imru’ al-Qais merupakan pemilik panji-panji para penyair akan ke neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

امرؤ القيس صاحب لواء الشعراء إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Imru’ al-Qais merupakan pemilik panji-panji para penyair akan ke neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1818, hadis nombor 9161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((امرؤ القيس صاحب لواء الشعراء إلى النار)). [حم، البزار، الصفار في ((فوائده))، ابن عساكر، العطار في ((الأمالي))، عبد الغني المقدسي في ((أحاديث الشعر))، الذكواني في ((اثنى عشر مجلسا))، عد، ((الضعيفة)) (2930)]

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Imru’ al-Qais merupakan pemilik panji-panji para penyair akan ke neraka. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ḥasan bin ‘Alī al-Ṣaffār dalam Fawāidnya, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Ibn Makhlad al-‘Aṭṭār dalam al-Amālī, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam Aḥādīth al-Syi‘rī, Abū Bakr al-Dhakwānī dalam Ithnā ‘Asyara Majlisan, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2930]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.