Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
امرؤُ القيسِ صاحبُ لواءِ الشعراءِ إلى النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Imru’ al-Qais merupakan pemilik panji-panji para penyair akan ke neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1818, hadis no. 9161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((امرؤ القيس صاحب لواء الشعراء إلى النار)). [حم، البزار، الصفار في ((فوائده))، ابن عساكر، العطار في ((الأمالي))، عبد الغني المقدسي في ((أحاديث الشعر))، الذكواني في ((اثنى عشر مجلسا))، عد، ((الضعيفة)) (2930)]
(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Imru’ al-Qais merupakan pemilik panji-panji para penyair akan ke neraka. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ḥasan bin ‘Alī al-Ṣaffār dalam Fawāidnya, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Ibn Makhlad al-‘Aṭṭār dalam al-Amālī, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam Aḥādīth al-Syi‘rī, Abū Bakr al-Dhakwānī dalam Ithnā ‘Asyara Majlisan, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2930]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman