Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
امْرُؤُ القَيْسِ قَائِدُ الشُّعَراءِ إِلَى النارِ لأنَّهُ أوَّلُ مَنْ أحْكَمَ قَوَافِيها.
Teks Bahasa Melayu
Imru’ al-Qais adalah pemimpin para penyair ke neraka kerana beliau adalah orang terawal yang mahir tentang rima-rima syair.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 21, hadis no. 91. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut dengan penambahan ini adalah batil secara marfu'. Al-Hafiz telah berkata dalam al-Lisan pada biografi 'Abdullah bin Ahmad bin Harb: "Sesungguhnya ia palsu". Kemudian, saya menemuinya terdapat dalam al-Kuna oleh al-Bukhari secara mawquf kepada Abu Hurairah. Boleh jadi, itulah yang sebetulnya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman