Iman itu tetap di dalam hati seperti gunung yang tegak kukuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الإيمان مثبت في القلب كالجبال الرواسي، وزيادته ونقصه كفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman itu tetap di dalam hati seperti gunung yang tegak kukuh. Bertambahnya atau berkurangnya ia adalah kekufuran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 445, hadis nombor 2377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه -، قال: لما قدم وفد ثقيف على رسول الله ﷺ قالوا: جئناك نسألك عن الإيمان أيزيد أو ينقص؟ قال: ((الإيمان مثبت في القلب كالجبال الرواسي، وزيادته ونقصه كفر)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (464)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Apabila datang rombongan Thaqif kepada Rasulullah SAW, mereka berkata: Kami datang ingin bertanyakan kepadamu tentang iman, adakah ia bertambah alau berkurang? Baginda menjawab: “Iman itu tetap di dalam hati seperti gunung yang tegak kukuh. Bertambahnya atau berkurangnya ia adalah kekufuran.”
[Riwayat Ibn Hibban di dalam al-Dhu‘afa’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 464].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.