Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Iman itu suci daripada perkara-perkara haram, ia suci dari perkara-perkara tamak haloba

Teks Bahasa Arab

الإيمانُ عفيفٌ عنِ المحارِمِ، عفيفٌ عنِ المطامِعِ.

Teks Bahasa Melayu

Iman itu suci daripada perkara-perkara haram, ia suci dari perkara-perkara tamak haloba.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460, hadis no. 2468.

(ضعيف) عن محمد بن النضر الحارثي، قال: قال رسول الله ﷺ: «الإيمان عفيف عن المحارم، عفيف عن المطامع». [حل، «الضعيفة» (2272)].

(Lemah) Daripada Muhammad bin al-Nadhr al-Harithi, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Iman itu suci daripada perkara-perkara haram, ia suci dari perkara-perkara tamak haloba.” [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2272].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.