Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Iman itu diperakui dengan hati, membenarkan dengan lisan, dan mengamalkannya dengan anggota badan

Teks Bahasa Arab

الإيمانُ معرفةٌ بالقلبِ، وقولٌ باللسانِ، وعملٌ بالأركانِ.

Teks Bahasa Melayu

Iman itu ialah pengetahuan dengan hati, ucapan dengan lidah dan pengamalan dengan anggota badan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460-461, hadis no. 2469.

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «الإيمان معرفة بالقلب، وقول باللسان، وعمل بالأركان». [هـ، ابن السماك في «حديثه»، عق، الدولابي، ابن جرير في «التهذيب»، الآجري في «الشريعة»، هب، الخبازي في «الأمالي»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، خط، ابن الجوزي، ابن عبد الهادي في «جزء أحاديث وحكايات»، «الضعيفة» (2271)].

(Palsu) daripada Ali bin Abi Thalib RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Iman itu ialah pengetahuan dengan hati, ucapan dengan lidah dan pengamalan dengan anggota badan.” [Riwayat Ibn Majah, Ibn al-Sammak dalam Hadithih, al-Uqayli, al-Dulabi, Ibn Jarir dalam al-Tahzib, al-Ajurri dalam al-Shariah, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Khabazi dalam al-Amali, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya, Ibn al-Jawzi dan Ibn Abd al-Hadi dalam kitab Juz' Ahadith wa Hikayat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2271].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.