Iman itu bukan dengan berharap dan bukan pula dengan memakai perhiasan, tetapi sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan oleh perbuatan

TEKS BAHASA ARAB

ليس الإيمان بالتمني ولا بالتحلي، ولكن ما وقر في القلب وصدقه الفعل، العلم علم باللسان وعلم بالقلب، فأما علم القلب فالعلم النافع، وعلم اللسان حجة الله على بني آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman itu bukan dengan berharap dan bukan pula dengan memakai perhiasan, tetapi sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan oleh perbuatan. Ilmu itu ialah ilmu dengan lisan dan ilmu dengan hati. Adapun ilmu dengan hati itu ialah ilmu yang bermanfaat, manakala ilmu dengan lisan itu pula ialah hujah Allah ke atas anak-anak Adam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453-454, hadis nombor 2429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: «ليس الإيمان بالتمني ولا بالتحلي، ولكن ما وقر في القلب وصدقه الفعل، العلم علم باللسان وعلم بالقلب، فأما علم القلب فالعلم النافع، وعلم اللسان حجة الله على بني آدم». [ابن النجار في «الذيل»، «الضعيفة» (1098)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Iman itu bukan dengan berharap dan bukan pula dengan memakai perhiasan, tetapi sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan oleh perbuatan. Ilmu itu ialah ilmu dengan lisan dan ilmu dengan hati. Adapun ilmu dengan hati itu ialah ilmu yang bermanfaat, manakala ilmu dengan lisan itu pula ialah hujah Allah ke atas anak-anak Adam.” [Riwayat Ibn al-Najjar dalam al-Zayl. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1098].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs