Iman itu bertambah dan berkurang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الإيمان يزيد وينقص.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Iman itu bertambah dan berkurang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 452, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني، عن معاذ مرفوعا، وفي إسناده: عمار بن مطر، وأحاديثه بواطيل، ورواه ابن عدي، عن أبي هريرة مرفوعا، وفي إسناده: أحمد بن محمد بن حرب، وشيخه.
ورواه ابن عدي أيضا، عن واثلة بن الأسقع مرفوعا: الإيمان قول وعمل، ويزيد وينقص، وعليكم بالسنة فالزموها.
قال ابن عدي: موضوع، آفته معروف الخياط، وقال في الميزان: موضوع بيقين. انتهي، وله طرق عند الحاكم، والجوزقاني وغيرهم، لا يصح منها شيء.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Muaz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya terdapat Ammar bin Matar, hadith-hadithnya adalah batil. Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin Muhammad bin Harb dan gurunya.
Diriwayatkan juga oleh Ibn Adi daripada Wathilah bin al-Asqa’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Iman itu perkataan dan perbuatan, menaik dan menurun, berpeganglah kamu dengan al-Sunnah dan lazimilah ia.
Ibn Adi berkata: Palsu. Penyakit (masalah) datang adalah daripada Ma’ruf al-Khayat. Dia berkata dalam al-Mizan: Palsu dengan pasti. Ada juga jalur lain di sisi al-Hakim dan al-Jauzaqani dan lain-lain. Tidak sahih satu pun darinya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs