Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Iman itu adalah telanjang

Teks Bahasa Arab

الإيمان عريان، ولباسه التقوى، وزينته الحياء، وماله الفقه.

Teks Bahasa Melayu

Iman itu adalah telanjang, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya adalah malu dan hartanya adalah fiqh.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 25, hadis no. 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من قول وهب بن منبه. لكن أخرج ابن عساكر عن علي: "يا علي! إن الإسلام عريان، ولباسه التقوى، ورياشه الهدى، وزينته الحياء، وعماده الورع، وملاكه العمل الصالح، وأساس الإسلام حبي وحب أهل بيتي".

Ia adalah dari ucapan Wahb bin Munabbih. Namun, Ibn 'Asakir telah mengeluarkan daripada 'Ali: "Wahai 'Ali! Sesungguhnya Islam itu adalah telanjang, pakaiannya adalah sifat taqwa, perkakasnya adalah petunjuk, hiasannya adalah sifat malu, tiangnya adalah sifat warak, peneguhnya adalah amal soleh, sementara asas Islam adalah mencintaiku dan mencintai ahli baitku".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.