TEKS BAHASA ARAB
حديث: الإيمان عقد بالقلب، وإقرار باللسان، وعمل بالأركان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Iman itu adalah keyakinan dalam hati, dan pengakuan dengan lisan, dan perbuatan dengan anggota badan.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 59, hadis nombor 123. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي: أورده ابن الجوزي في الموضوعات، ولم يصب، لكن نقل علي قاري عن الفيروزأبادي: إنه غير صحيح.
Al-Suyuthi berkata: Ibn al-Jauzi meriwayatkan di dalam al-Maudhu’at, namun beliau tidak tepat. Namun, ‘Ali Qari telah menukilkan daripada al-Fairuzabadi bahawa ia tidak sahih.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.