Iman itu adalah keyakinan dalam hati, dan pengakuan dengan lisan, dan perbuatan dengan anggota badan

TEKS BAHASA ARAB

الإيمان عقد بالقلب، وإقرار باللسان، وعمل بالأركان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman itu adalah keyakinan dalam hati, dan pengakuan dengan lisan, dan perbuatan dengan anggota badan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 70-71, hadis nombor 72. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حكم ابن الجوزي بوضعه. قال السخاوي: وهو من حديث عبد السلام بن صالح عند ابن ماجه.

Ibn al-Jawzi mengatakannya palsu. Al-Sakhawi berkata: Ia adalah daripada hadis ‘Abd al-Salam bin Soleh dalam Ibn Majah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.