Iman dan amal kerana Allah kedua-duanya saling berhubung,

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الإيمان بالله والعمل قرينان، لا يصلح واحد منهما إلا مع صاحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman dan amal kerana Allah kedua-duanya saling berhubung, maka tidak baik satu sahaja daripada kedua-duanya, melainkan kedua-duanya bersama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460, hadis nombor 2466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن علي، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الإيمان بالله والعمل قرينان، لا يصلح واحد منهما إلا مع صاحبه)). [العدني في ((الإيمان))، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (2245)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Ali, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Iman dan amal kerana Allah kedua-duanya saling berhubung, maka tidak baik satu sahaja daripada kedua-duanya, melainkan kedua-duanya bersama.” [Riwayat al-‘Adani dalam kitab al-Iman dan Ibn Jarir dalam kitab Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah Da’ifah, no 2245]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.