Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Iman dan amal kerana Allah kedua-duanya saling berhubung,

Teks Bahasa Arab

الإيمانُ باللهِ والعملُ قَرِينانِ، لا يَصْلُحُ واحدٌ منهما إلا مع صاحبِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Iman dan amal kerana Allah kedua-duanya saling berhubung, maka tidak baik satu sahaja daripada kedua-duanya, melainkan kedua-duanya bersama.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460, hadis no. 2466.

(ضعيف) عن محمد بن علي، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الإيمان بالله والعمل قرينان، لا يصلح واحد منهما إلا مع صاحبه)). [العدني في ((الإيمان))، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (2245)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Ali, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Iman dan amal kerana Allah kedua-duanya saling berhubung, maka tidak baik satu sahaja daripada kedua-duanya, melainkan kedua-duanya bersama.” [Riwayat al-‘Adani dalam kitab al-Iman dan Ibn Jarir dalam kitab Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah Da’ifah, no 2245]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.