Iman dan amal kedua-duanya berkongsi dalam satu ikatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الإيمان والعمل شريكان في قرن، لا يقبل الله أحدهما إلا بصاحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman dan amal kedua-duanya berkongsi dalam satu ikatan. Allah tidak akan menerima salah satunya melainkan bersama dengan pasangannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461, hadis nombor 2470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: «الإيمان والعمل شريكان في قرن، لا يقبل الله أحدهما إلا بصاحبه». [فر، «الضعيفة» (2246)].

(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abu Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Iman dan amal kedua-duanya berkongsi dalam satu ikatan. Allah tidak akan menerima salah satunya melainkan bersama dengan pasangannya". [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2246].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.